PHI PHM
  • Male
  • Bandar Seri Begawan
  • Brunei Darussalam
  • Blog Posts
  • Photos (26)
  • Photo Albums
  • Videos

PHI PHM's Friends

  • nayan nordin
  • Lynn Sabri
 

PHI PHM's Page

Latest Activity

PHI PHM posted photos
Jun 11, 2011
PHI PHM updated their profile
Apr 19, 2010
PHI PHM posted photos
Mar 30, 2010
Yusof Abdul Rahman left a comment for PHI PHM
"Terima kasih atas gambar yang di berikan, kalau ada tambah lagi. Jika ada kan di tambah member lain silakan"
Mar 29, 2010
PHI PHM is now a member of Manggisku
Mar 29, 2010

Kunjungan berhari raya rombongan KHEDN sambil tinjau masalah mukim, kampung



MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Paduka Haji Awang Adanan semasa berkunjung ke rumah Ketua Kampung Mentiri

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 2 Oktober. - Selain untuk mengeratkan hubungan silaturahim, kunjungan Hari Raya dari rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) juga dapat meninjau secara lebih dekat permasalahan yang dihadapi di sesebuah mukim dan kampung.

Sehubungan itu rombongan yang diketuai sendiri oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan hari ini meneruskan lagi kunjungan berhari raya ke Mukim Mentiri.

Rombongan yang turut disertai oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Haji Awang Dani; Pemangku Setiausaha Tetap KHEDN; Awang Haji Mohd. Abdoh dan Pemangku Setiausaha Tetap KHEDN, Pengiran Haji Abdul Rahman serta pegawai-pegawai kementerian berkenaan singgah di kediaman Ketua Kampung Mentiri, Awang Haji Bujang bin Sabtu.

Kampung Mentiri dengan keluasan 322.69 kilometer persegi mempunyai lebih 1,000 orang penduduk dan 186 buah rumah.

Dari Mukim Mentiri, rombongan dari KHEDN meneruskan kunjungan berhari raya ke Mukim Berakas 'B' dengan membuat persinggahan di rumah Ketua Kampung Manggis I dan II, Mejar (B) Pengiran Haji Idros bin Pengiran Haji Mahmud.

Jumlah keramaian penduduk Kampung Manggis I dan II adalah kira-kira 7,000 orang yang terdiri dari pelbagai bangsa.

Manakala di sebelah petang, rombongan berkenaan telah berkunjung ke rumah Ketua Kampung Kawasan 1, Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba di Mukim Gadong 'A' dan Penghulu Mukim Sengkurong [Dipetik dari Akhbar Media Permata]

PHI PHM's Photos

Comment Wall (2 comments)

You need to be a member of Manggisku to add comments!

Join Manggisku

At 8:22am on June 12, 2011, Yusof Abdul Rahman gave PHI PHM a gift
Gift
Keep up the good work
At 10:28pm on March 29, 2010, Yusof Abdul Rahman said…
Terima kasih atas gambar yang di berikan, kalau ada tambah lagi. Jika ada kan di tambah member lain silakan
 
 
 

© 2024   Created by Yusof Abdul Rahman.   Powered by

Report an Issue  |  Terms of Service